
|
Sabtu, November 08, 2014 @ 8:14 PG | 0 Sweety [s]
Assalamualaikum korang !! Ya Allah rindunya sheera kat blog ni. dah lama tak update. Korang sihat? Sheera sekarang tengah menduduki peperiksaan SPM.. Takut ohh ! haha btw doakan sheera ye :)
Korang ! Sheera ada instashop.Baru lagi dalam bidang ni . hehehe .. sheera ada jual baju dan tudung.
Korang boleh lah follow ye ig shop sheera ni :)
Tudung - NshaCollections_
Dress korean , jubah dan tudung [semua preoder] - KshopCollections
so korang jangan lupa ye singgah di Ig shop sheera :)
Jumaat, Februari 28, 2014 @ 7:23 PTG | 0 Sweety [s]
Assalamualaikum n hai kepada semua pembaca blogger :) Miss my blog so much :') Tahun ni my bad year lah. I am SPM Candidate yoo! haha so my target i want to get 8A+ . Amin ! Addmath i know i cant get A+ . haha so hard lah to get A+ . Nak dapat E pun susah. hehee..
Now nak focus on my SPM ! Nak banggakan ibu abah n jadi seorang Ceo Akauntan ! See betapa tingginya cita2 ku. hahaha harap2 menjadi kenyataan lah . Amin ! Doakan lah ye ;)
Khamis, Disember 12, 2013 @ 6:27 PG | 0 Sweety [s]
Assalamualaikum n hai warga blogger . Korang sihat ? Sheera sentiasa sihat. Semenjak cuti ni keje makan makan makan. hahaha badan pun makin tembam. Hahaha cuti ni korang g mana je ? Hope korang happy time cuti ni ;) Cuti ni banyak wedding. Haihh pergi wedding makan. hahaha makan makan n makan je keje nyee ! hahahaSebenarnya sheera tak tahu nak update pasal apa . Last update masa puasa . Hahahaha. Haaaaaaaaaa! Baru sheera teringat. hehe Sheera dah sebulan lebih tak jumpa si buah hati sheera... Harini baru dapat jumpa dia. Tu pun tak sampai 5 minit :'( hahahaha. kejap je kan ? Lagi pun time tuh dia habis training pukul 7 then jumpa jap sebab esok dia kena pergi Melaka sebab ada match :'( . Dia tu dah la demam pastu main bola dalam cuaca tgah hujan pulak tu.. Nak marah pun tak guna sebab dia ada lawan hari sabtu nanti.. Hmm semoga cepat sembuh n hope menang ye ;) tapi pape pun happy gila sebab dapat jumpa dia sekejap :) So sampai sini saje lah . Esok sheera ingat nak upload gamba time raya haji n raya Aidilfitri. Hehehe saje je upload. Insha Allah . Tu puun kalau sheera ingat nak update. So good night everyone ! :) Sweetdream. Byeeeeeeeeee :) Ahad, Julai 28, 2013 @ 6:51 PG | 0 Sweety [s]
Heyyy korang ! Wohooo tinggal lagi 10 hari je kita berpuasa. Rasa macam sekejap sangat kita berpuasa. So korang dah shopping baju raya ke belum ni ? Sheera dah beli dah. Baju raya sheera tahun ni warna hijau hitam. Korang pulak warna apa ? ^^
Haaaaaa ! Nak citer hari Jumaat 26 Julai sheera berbuka dengan classmate sheera. Kitaorang berbuka kat Ayam Penyet. Hehehe. Paling best dapat beli CHATIME ! Hahahaha dah lama sangat ngidam , akhirnyaa dapat gak. hehe. Ni haa gambar2 time iftar n sblum iftar. hehe
Sahabat selamanya :*
Selasa, Julai 09, 2013 @ 7:22 PG | 0 Sweety [s]
Assalamualaikum :) Haii , sheera baru balik dari solat terawih so nak update sekjap.. Rindu blog kecayangan titerw ni ! Pejamm celik pejam celik kejap je dah nak puasa.. Umurku pun semakin meningkat. Cewahhhh ! Umur je meningkat tapi aku tetap muda. hahahaha.. So nak ucap Salam Ramadhan to all Muslims in the world ! Terima kasih ya Allah kerana Engkau telah memanjang umurku untuk menyambut puasa pada tahun ni ! So korang jangan tinggal puasa yee. Kalau untuk perempuan tu takpe tapi kalau lelaki toksah dok menggedik nak ponteng puasa ! hahahaha . Bulan puasa ni yang best . Time g bazar dapat beli makanan banyak2. hahaha. Malam boleh solat sunat terawih. ehehehe Salam Ramadhan semua. Bye :) Khamis, Julai 04, 2013 @ 2:15 PG | 0 Sweety [s]
Hari Khamis bersamaan dengan 4 Julai 2013 genap 1 tahun 4 bulan bersama Muhammad Khairuddin ! Yeahhhh ! I'm really happy with you sayang :) Hope kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat ! ILOVEYOUSOMUCH~ Ahad, Jun 16, 2013 @ 6:19 PG | 0 Sweety [s]
Assalamualaikum n haiiiiii ;)Dah lama tak update blog. Waa rindu gilaa dengan blog wa ni. HAHAHA.. Sebenarnya malas nak update blog tapi disebabkan bila bukak aircond n sejuk so hati kita yang suci murni ni tetiba nak update. Cewahhh ! hahaha. Korang sihat tak? Sheera sihat je. Apa macam cuti korang? Best ke idok? Cuti sheera kali ni agak best lah jugak. Cuti haritu sheera fly ke langkawi. Cehhh , naik flight tuhhhhhhhhhhh ! Aahahaha . Oppss! Excited terlebih pulak! Ahahaa. Alaaa, sheera tahulah korang semua dah banyak kali naik flight. Ni pun sheera baru first time naik flight. Kesian kan kita ? hehe. Kitaorang pergi sana 4 hari 3 malam . Flight kitaorang pukul 3 lebih n sampai Langkawi pukul 4.45.. Alaaa kejap je pun -.- . Ni nak citer pramugari Air Asia tak da ah lawa. Lawa tu ada lah tapi tak ramai pun. Lagi satu paling lawak bila tengok sorang pramugara pakai bedak kalau boleh nak pakai satu guni. HAHAHAHAHAHA. Muka dah omeyy dah tapi malangnyaa lembut :( Ni haa gamba time kat airport/sbelum naik flight/dalam flight. Ni lah cayerww :3 colourfull btol tudung cayerww. aww aww :* haha. time ni kat airport. Ni sebelum naik flight. Anak2 kesayangan ibu ni.. Sheera berdiri belah kanan.. Yang comel tu sheera lah. Hahahahaha k pewashaann jap. sebenarnya phone kene off tapi...... PEDULI HAPE AKU ! SNAP JELAH!! ^_^ Malas dah sebenarnya nak citer panjang2.. Korang negok jelah gambo kat bawah. Mengantuk aku nak tulis panjang2.. Tknak tngok gamba kite sudah !! Shuhh! shuhh!
Haaa! Ni jelah yangg sheera sanggup upload. tgan dah lenguh gila dah ni.. hahaha
Imiss all this moment.. Hope can go there again.. Haaa! Tunggang terbalik english aku ni. hahaha
Good bye Langkawi ;)
Isnin, Mei 27, 2013 @ 10:44 PTG | 0 Sweety [s]
Assalamualaikum :3 Wahhhh I miss my blog so so so much !! Happy holiday korangggggggg! Happy lettew budak2 sekolah sebab cuti 2 minggu... Haihh bila dah cuti bosan lah pulak dok rumah.. Korang pulak pergi mana cuti ni? Untunglah sape2 yang balik kampung dan pergi melancong..Haaaaaaaa! Minggu depan sheera n family pergi Langkawi.. 4 hari 3 malam. hehe saje nak bagitahu.. Tapi en kali ni pergi naik flight.. Adehhh ! Rasanya naik kereta lagi best en .. perjalanan lama skit tapi takpelah tiket dah booking nak buat mcm mana :) Hmmm sebenarnya tak tahu nak tulis apa da... hmm kbyee :) Jumaat, April 12, 2013 @ 7:14 PG | 0 Sweety [s]
Assalamualaikum n haiiii friendsssssssss! Malam2 macam ni sheera tetiba jadi rajin pulak nak update blog. kekeke maklumlah, tak tahu nak buat apa so update jelah blog. Haaaaaa! Lawa tak blog sheera? Lawa? terima kasih :D Hahahahahahaha. Sebenarnyaa...... Sebenarnyaaa..... Sebenarnyaa sheera tak tahu nak update apa. hehe Wait wait! Jap jap jap! Nak tanyaa.... Korang kenal Hairul Azreen tak? Kenal tak??!! Kalau kenal bagus lah. Klau tak kenal meh sini sheera perkenalkan. Hairul ni boyfriend baru n kitaorang otw nak kawen! Cehhh! hahaha tipuu jee -.- Hairul ni pelakon, juara Fear Factor. Alaa, korang kenal kan? Yang berlakon cerita Setia Hujung Nyawa tuu yang jadi Ikram tuuu! Hahahahahhaha Ni haa biodata dia. Check out bebeyyhh ! Nama Sebenar: Hairul Azreen Idris Tarikh Lahir: 23rd April 1988 Kuala Lumpur Pencapaian: Kemenangannya dalam Pencarian Kacak Bergaya Vigor/Pancaindera. Menghiasi kempen produk Jamu Vigor yang bakal dipasarkan oleh Jamu Mak Dara Sdn. Bhd Seorang stuntman dan masih melalukan kerja-kerjaaksi lasak untuk drama dan filem. Lakonan drama: Membintangi drama Merah Putih, Mahabah Delaila, Ponti Anak Remaja, Asmara 2 dan Setia Hujung Nyawa Lakonan filem: King Kapchai,Gila-Gila Remaja 2 Aktiviti: Aktif dalam sukan teakwan do.
Comel kan Hairul? hehee sheera tahu korang mesti cakap comel. Dulu sheera memang tak minat dengan Hairul ni. Tak penah layan pun cerita Setia Hujung Nyawa tu pun.. Then time pergi cinema then tengok movie GILA GILA REMAJA 2. Tak tahu pulak hairul yang berlakon dalam cerita uh.. Seriously , HAIRUL MEMANG HANDSOME n COMEL GILA NAK MATI DALAM MOVIE UH!! Huaaaaaaaaaaa! Nak pengsan je rasa bila tengok senyuman dia. hahahahaha.. Eleh, korang pun mesti tergoda gak bila tengok senyuman dia kan?! Sebelum tu congrates Hairul n Dazrin sebab jadi Juara Fear Factor :) K lahh dah tak tahu nak update apa da.. Tengok jelah gamba Hairul kat bawah ni yee :)
Isnin, April 01, 2013 @ 2:43 PG | 0 Sweety [s]
Assalamualaikum!!!!! Haiiiii!!! *jerit dan lambai tangan*Hai korangg ! Korang sihat? Sheera harap korang sihat je :D Apa mcm cuti sekolah? Okay ke idok? Ke tak puas cuti lagi? Bagi sheera lah kan...... sheera rasa....... sheera rasa........ sheera rasa NAK CUTI LAGI!!! HUAAAAAAA! :'( Tak puas oh cuti seminggu.. Nak cuti lagi :'( . Pergi sekolah tadi pun ngantuk. Hahahahaaha... K stop pasal cuti. hehe. Hari ni 1 April 2013. Orang slalu kata "April Fool Day" kan? Kononnya nak kenakan orang sebab AprilFool Day. AprilFool lah sangat -.- *menyampah* heee. Ni sheera nak citer pasal Sejarah April Fool. Orang Islam memang diharamkan smbut AprilFool Day ni. Nak tahu sebab apa? Haaaaaaaaa! Baca di bawah ni :
The April's Fool Day, berawal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487, bersamaan dengan 892 H. Sejak Sepanyol dibebaskan melalui Islam pada abad ke-8M oleh Panglima Thariq bin Ziyad dari penindasan puak kafir, Sepanyol beransur-ansur menjadi satu negeri yang makmur.
Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dapat dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya ditawani dengan aman oleh Islam.Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Got dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pergunungan. Islam telah mula menerangi seluruh Sepanyol. Kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah diri, banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas menganuti ajaran Islam. Muslim Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan cara hidup seorang Islam. Tidak hanya membaca Al-Quran, tingkah laku mereka berdasarkan Al-Quran. Mereka kerap berkata tidak untuk muzik, arak, pergaulan bebas, dan segala perkara yang dilarang Islam. Keadaan aman dan sejahtera seperti ini berlangsung hampir enam abad lamanya. Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berusaha menghapuskan Islam dari Sepanyol, namun acapkali gagal. Maka mereka menhantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam Sepanyol. Akhirnya mereka menemukan cara untuk menaklukkan Islam, yakni dengan cara melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya. Maka mulailah secara diam-diam mereka menghantar arak dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari dari pada membaca Al-Quran. Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu untuk meniup-niupkan api perpecahan pada umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan taktik ini membuahkan hasil.Akhirnya Sepanyol jatuh dan dapat dikuasai oleh pasukan tentera Salib yang mempunyai hubungan dengan gerakkan Zionis. Serangan oleh pasukan tentera Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan tentera Islam yang disiksa, tetapi juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua turut di bunuh dengan kejam. Satu-persatu daerah di Sepanyol jatuh.Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Salib terus mengejar mereka.Ketika jalan-jalan sudah sepi, ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan genangan darah, tentara Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granadayang masih bersembunyi di rumah-rumah.Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa orang Islam Granada dibolehkan keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk belayar meninggalkan Granada dan Sepanyol.Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, sambil beriringan berjalan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan tentera Salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjulang ke angkasa ketika mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya. Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, hanya terpana ketika tentara Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata.Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dengan anak-anak yang masih kecil. Sedang para tentara Salib telah mengepung mereka dengan pedang terhunus. Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib segara membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangisan dan takbir memenuhi suasana. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tarikh 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian setiap tanggal 1 April sebagai The April's Fool Day. Pada tarikh 1 April, orang-orang dibenarkan menipu dan berbohong kepada orang lain. Bagi orang Kristiani, The April's Fool Day merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera Salib dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan The April's Fool Daydengan cara membenarkan penipuan dan kebohongan dalam masa yang sama disulami dengan dalih iaitu sekzdar hiburan atau gurauan belaka. Bagi umat Islam, The April's Fool Day tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudara seIslam disembelih dan dibunuh oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak bermoral juga dengan adanya orang Islam pada masa kini yang masih terikut-ikut merayakan tradisi ini. Siapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai ribuan umat Islam di Granada, Sepanyol, pada 5 abad silam....
Haaaaaaaaaaa! dah baca? MasyaAllah ! Kejam betul orang kafir ni...... Bacalah dengan teliti kayyy :) Byee
Isnin, Mac 18, 2013 @ 4:18 PG | 0 Sweety [s]
Assalamualaikum !! *jerit* hoiii ! ada orang tak? hehehe. korang sihat? sheera harap korang sihat2 je. hehehe. Hari ni sheera rajin skit nak update blog. Online pun tak tahu nak buat apa. tweet pun suda. So ada masa ni nak update blog lah kejap. heee :* .
Semalam kaklong belanja kitaorang beli buku semua. Tu pun sebab kaklong nak habiskan voucher RM100 dia. hehehe btw thank you kakak ku sayang :* Semalam kitaorang pergi beli kat brem mall je. Kat situ murah skit.
Sheera beli 2 buku je. 1 buku prinsip perakaunan dan lagi satu novel. Novel tu memang wajib! hahaha.
Mula2 ingat nak beli 2 buku akaun tapi tak jadilah. hehe. Then beli novel. tajuk novel uh "DIA TAK TANYA"
HAAA! dua buku ni je yang sheera beli. buku akaun n novel.
then lepas beli buku semua, balik. hewhewhew. kejap je pun. -.- Rasa macam sayang je nak bukak novel uh.
Okaylah dah tak tahu nak update apa. Sebelum tu tengoklah gambar kitaorang yang comel kat bawah ni. (Ceh, comel ke?) hahahahaha.
Tak sabar nak cuti minggu depan woi!!! hahhahaha bye2
Isnin, Mac 04, 2013 @ 1:36 PG | 0 Sweety [s]
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :3 korang apa khabor? sihat idok? dah lamo tak update blog. Wa rindu bangat sama blog wa ni :** muah! muah! hahahahaha TERover pulak -.- Yeayy ! Harini last exam. Pergh ujian form4 susah2 belaka. Ni baru ujian. belum lagi Peperiksaan pertengahan tahunn. Perghh boleh mati sebab jawab exam. Result kali ni memang hancusss ! SODIHHHHH laaaa :'(tengok gamba ni. muka sedihhh sebab takut result hancusss :'( Udah-udah kita stop citer pasal Exam. Hari ni hari paling best ahhh! 4 MARCH 2013 tarikh yang paling sheera favorited gila-gila lah ! Nak tahu kenapa? *yang taknak tahu tu shuhhshuhhh!* Harini ialah my first anniversary dengan MUHAMMAD KHAIRUDDIN BIN HOSNAN :* Ingat lagi masa 04 MARCH 2012 khai mintak couple. Ni haa jalan citernya macam mana kitaorang kapel *ecececehh* hahahahaha nah! baca ni -----> 4 March 2012 . Mu taknak baco sudahh. Tak paksa punn :P hehehe 4 MARCH 2012 - 4 MARCH 2013 wahhh dah genap setahun dahh. Sekejap betul kan. ILOVEYOUSOSOMUCH MUHAMMAD KHAIRUDDIN! Dalam masa setahun ni sheera banyak sakitkan hati awak. hmmm maafkan sheera. Kasih sayang sheera and cinta sheeera kat awak takkan penah berkurang. Thanks sebab bagi coklat ( kinder bueno, toblerone, kitkat, cadburry fruit n nuts) hehehe . Nanti hadiah khai sheera bagi ye. Dalam pemprosesan. huahuahuahua. Sheera happy sangat-sangat harini. kita selalu gaduh en? hehehehe. Semoga kita dipanjangkan jodoh! AMIN! :) LOVEYOUSOSOMUCH MUHAMMAD KHAIRUDDIN BIN HOSNAN. HE'S MINE! DONT YOU DARE TO TAKE HIM FROM ME! I WILL KILL YOU, BITCH! HAHAHAHAHAHAHA*EVIL LAUGH* LOVEYOU KHAIIIIIIIIIIIIIIIII :* Isnin, Februari 11, 2013 @ 12:24 PG | 0 Sweety [s]
Assalamualaikum :3 Happy Chinese New Year n Happy Holidayyyyyyyyy :) wuhuuuuuuuuu :3Cuti kali ni cuti 3 hari je. skit sgat2. Hmmm , harini sedih sangat2. hmmm Pagi tadi baru je happy dengan dia bila tengah hari......... hmmm. Hari ni first time update blog sambil menangis. Baru ingat nak marah dia pasal mandi tetiba sheera yang kena marah balik. hmmm Kenapa dia fikir aku ni tak setia dengan dia? Dah macam-macam cara aku buktikan tapi dia langsung tak percaya. Ya Allah , setiap hari menangis. Entah bila boleh stop nangis pun tak tahu lah. Takpelah sabar je. :) Hmm. Missyousomuch khai. Sheera rindu kita yang dulu. Selalu happy tapi sekarang? yeahh, my fault. sorry :( . Me: pembawa masalah dalam hubungan kita. Sorry sayang. hmm . Sheera mintak maaf sangat2. Khai maafkan sheera kan? LOVEUYOUSOMUCH SAYANG ! Bye :'( Selasa, Februari 05, 2013 @ 3:27 PG | 0 Sweety [s]
Assalamualaikum ! *tak jawab dosa tau!* kekeke dan hellooooooooo semuaaaaaaaaaa :*
Hari ni hari sedih untuk sheera. Alaaa 50% gembira 50% sedih . Haaaaa! baru adil. hahaha.
Kalau nak tahu. Kalau lah ~ Harini 04.02.13, genap 11 bulan sheera dengan khaii. Wahhhh, mcm tak percaya je. Sekejap je masa berlalu. Hmmm Hope hubungan kitaorang akan kekal sampai bila-bila. Amin ! LOVEHIMSOSOMUCH! DONT TAKE HIM FROM ME ! LOVEYOUU ~ Ahad, Februari 03, 2013 @ 2:33 PG | 0 Sweety [s]
Assalamualaikum and hello guyss ! How are youuu? kekeke . Ni haaa ! Nak cerita pasal peperangan yang tercetus di Twittahhh pada bulan lepas. Kalau diingat balik memang kelakar ~ hahahaha. Alaa bukannya bergaduh teruk mana pun, biasa-biasa je :/Ni pasal terasa tweet. Susah betul kalau tweet untuk orang lain , orang lain yang terasa. Sheera tujukan tweet tuh kat A tapi bukan yang A tuh yang terasa , yang B tuh yang terasa. Haihhh. Kisahnyaa macam ni :- ________________________________________________________________________________ Pada 12 Januari 2013 , Sabtu , Sheera ckap kat kak eyma: Sheera: kak, bagi khai online kejap boleh tak? :) Kak eyma: Y? Sheera: nak suruh dia on jap. boleh? :) Kak eyma: Malam la :) Sheera: Sekarang tak boleh eh? Malam sheera tak on lah :) Kak Eyma: now akak tengah online lah yunk, malam nanti akak bagi dia online lah :) Dah kak eyma kata mcm tu so sheera pun okay jelah. malas nak cakap pannjang2 da. Sebelum tanya kat kak eyma pasal suruh khai online, sheera banyak kali mintak kak kakak nak pinjam lappy. Perghhh ! KEDEKUT TAIK HIDUNG MASIN BETUL ! Aduyaii dengan adik sendiri pun nak kedekut. Sheera pun tweet ah Hahahahaha . tweet ni 15 minit kot sebelum sheera tanya kat kak eyma pasal suruh khai online. THen kak eyma online twtter then baca tweet sheera n terasa dengan tweet sheera. Huaaaaaaaaaaaaaa ! Tolonglah ! Tweet tu bukan untuk anda! Memang susah kalau tweet untuk orang lain, orang lain yang terasa. Mungkin tweet tuh tempias sekali kat akak kot sebab tuh akak terasa. hehehe jkjkjkjkjk *jangan terasa tau ;)* Takkanlah setiap kali nak tweet or tweet tuh nak tujukan kat someone mesti tulis nama orang tuh ? Hahahaahahha agak kelakar disitu ! Sorrylah kak eh kalau terasa dengan tweet sheera. Tak tahu pulak akak terasa dengan tweet sheera tuh. Takda niat pun tweet tuh nak tujukan kat akak :) Sorry... :)))))) Sheera taknak ah gaduh2 dengan bakal kakak ipar ni. Cewahhhh ! hahahahaha . Kita berbaik - baik. Takmau gaduh2 :** kekekeke Rasanya takda apa dah kot. k ahh . byeee :)) Ahad, Januari 27, 2013 @ 1:25 PG | 0 Sweety [s]
Assalamualaikum.. Hai korang semuaa :) This is my first entry for this year. kekekee.
At school im account student. Kelas account sangat boring dan setiap hari homeworks berlambak. Tension betul aku duduk kat dalam kelas tuh -.- . Ramai kawan - kawan sheera masuk Science and LK . Rindu nak satu kelas dengan dorang macam dulu :'( . My boy pulak mintak kelas LK tapi tak dapat. alololo kesian dia. hahahaha. Dia dapat kelas PK. Alaaa okay lah tu :)
Sebenarnya sheera tak tahu nak tulis apa lagi sebenarnyaa. :/ . HAHAHAHAHA. Haaaaaaa! Harini sheera sakit hati sangat - sangat dengan khai. Hmmm dari pagi txt dia tapi tak balas2. Call pun tak angkat. Ya Allah !! Sakitnyaa hati ni !! Kalau nak tidur pun bagilah tahu dulu ! Ni tak, terus tidur macam tu je ! Hmm sakit hati sangat2. hmmm
okayyylah. dah tak tahu nak tulis apa dah. Bye2 :)
Ahad, Disember 23, 2012 @ 1:26 PG | 0 Sweety [s]
Assalamualaikum !!! Hai koranggggggggggg ! Miss my blog so much !! Haaaaaaaaaaa !! Congrates kepada batch 97 yang mendapat 8A, 7A, 6A, 5A, 4A, 3A, 2A, 1A. Yang tak dapat A tuh takpe. SPM ada kan? Korang skor lah kat SPM nanti ;). Ceh, cara sheera tulis mcm sheera dapat 8A je. hahahaha. Sheera dapat 2A jer. Sikit je, tak banyak pun ! hahahaha
Cuti ni best jugaklah. Kali ni kitaorang pergi MELAKA dan JOHOR BAHRU. Pergi pun 4hari 3malam je. 2hari kat MELAKA 2hari kat JB. Sheera just nak upload gambar je. hewhewhewhewhewhew. Ni gambar time otw to MELAKA. check it out ~
Pic kat bawah ni dengan sheedaooooo
first night at MELAKA. macam budak terencat dah. hahahahaha
\
time ni kat UMBAI. Kitaorang pergi makan ikan bakar. ehehehe. sodappp
Malam tu just jalan2 kat menara taming sari je. Nak naik beca tapi hajatku tak kesampaian ;'(
Second day, kitaorang pergi pulau besar. MANYAK BESTT OHHH ! Kitaorang pergi naik bot. LAJU GILA NAK MATI WEH!!! HAHAHAHA
pic kat bawah ni dengan my family. SO CUTE!! HAHAHAHA HAPPY FAMILY ♥
Third day pulak kitaorang pergi JB. Ingatkan nak pergi Legoland terus tapi dah hujan terus tak jadi nak pergi so tiket tu simpan hari isnin baru pergi :) then check in hotel rehat sepuas-puasnya. heheeh
Keesokkan harinya pulak, lepas breakfast terus check out anddd terus pergi LEGOLAND !! Sesak gilaaa ! Nasib baik tiket dah beli awal2 kalau tak kena beratur 2jam lah.
MINILAND !
ROLLER COASTER ------->
Ni jelah. after main2 kat legoland teruss balik KL. penat gilaaa ! haahhaha. tapi best ah. okay ahh. hehe bye2
|
Assalamualaikum n hye. Thanks for visiting my blog. It's about my life. Thanks for read. Do follow kay ;)
CBOX CODE
|